Matematik

Saturday 15 October 2011

Sunday 9 October 2011

Strategi dan Ciri-Ciri Pemusatan Murid


Strategi pemusatan murid merujuk kepada pembelajaran berpusatkan murid di mana guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Ini bermakna, murid memang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Dalam pembelajaran, murid-murid adalah digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi melancarkan lagi sesi pembelajaran, guru membimbing murid ketika menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu atau dalam kumpulan. Dari segi pengagihan masa dalam perancangan guru, kebanyakan masa lebih banyak digunakan oleh murid untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Antara kaedah pembelajaran yang menggunakan strategi pemusatan murid adalah seperti kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbang saran.

Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Murid :
1.     Melibatkan penglibatan secara aktif murid di dalam pembelajaran di
        mana guru hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti.
2.     Wujudnya komunikasi dan interaksi antara guru dan murid secara dua
        hala.Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu murid
        berfikir secara kritis ketika memberikan jawapan.
3.      Amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan memberi
         pandangan ketika melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
4.      Wujudnya perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari segi
          intelek, rohani, sosial dan jasmani.
5.      Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pencapaian
         hasil pembelajaran.
6.      Penilaian formatif selalu digunakan untuk mengenalpasti kelemahan
         murid dalam sesuatu tajuk.
7.      Murid berpeluang berinteraksi dengan banyak sesama murid bertujuan
         menyemai semangat kawan supaya pandai bekerjasama,
         tolong-menolong dan bertolak ansur.
8.      Sifat kreatif dan ada inisiatif semasa melakukan aktiviti.
9.      Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna
         supaya murid-murid dapat memahami fakta-fakta yang disampaikan
         dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM (KPF 1013)

Strategi Dan Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru


Strategi pemusatan  guru adalah merujuk kepada strategi pengajar dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran yang dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat penting iaitu guru  yang menguasai dan mengawal semua aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi penerangan sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru
1.  Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
     yang sangat penting sementara murid hanya sekadar mendengar dan meonton sahaja.
2.  Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah sehala
     kerana guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang lebih banyak mendengar.
3.  Guru memplihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana guru
     lebih banyak bertindak seperti mengawal dan memberi arahan.
4.  Strategi pengajaran dan pembelajran lebih mengutamakan pencapaian
     objektif pengajaran guru.
5.  Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan
     nilai murni atau perkembangan emosi.
6.  Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian
     dan peperiksaan.
7.  Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta
     seperti menghafaz. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat dan
     menghafaz tetapi kurang berupaya membuat interpretasi.
8.  Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid adalah
     kurang.
9.  Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid
     dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
10.Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif
     dan tidak berinisiatif.

Definisi Refleksi Dalam Pengajaran

        Refleksi secara amnya bermaksud satu renungan semula atau mengingat dan semula pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam kelas.
        Amalan refleksi banyak kebaikannya untuk guru-guru. Daripada amalan ini, kita dapat membuat analisis dan menilai kelebihan dan kelemahan pengajaran yang telah dilaksanakan. Apabila kita mengetahui kelebihan, unsur pengukuhan dapat kita serapkan kerana keberkesanannya. Jika terdapat kelemahan dalam pengajaran kita, maka kita dapat memikirkan cara bagaimana hendak memperbaiki kelemahan tersebut. Di sini kita dapat menukar strategi pengajaran dan pendekatan yang bersesuai mengikut aras kebolehan murid. Amalan refleksi yang dilakukan secara berterusan dapat menambah kecekapan kita membuat penilaian, membentuk pengertian atau mengenalpasti sebab terhadap sesuatu. Dengan ini, ia dapat menjadi garis panduan dan kegunaan bagi masa yang akan datang berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.
         Amalan refleksi memang baik diamalkan oleh setiap guru. Adakah amalan refleksi menjadi beban atau tidak bagi seseorang guru? Cuba renung-renungkan.