Pages

Sunday 9 October 2011

Strategi Dan Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru


Strategi pemusatan  guru adalah merujuk kepada strategi pengajar dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran yang dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat penting iaitu guru  yang menguasai dan mengawal semua aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi penerangan sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru
1.  Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
     yang sangat penting sementara murid hanya sekadar mendengar dan meonton sahaja.
2.  Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah sehala
     kerana guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang lebih banyak mendengar.
3.  Guru memplihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana guru
     lebih banyak bertindak seperti mengawal dan memberi arahan.
4.  Strategi pengajaran dan pembelajran lebih mengutamakan pencapaian
     objektif pengajaran guru.
5.  Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan
     nilai murni atau perkembangan emosi.
6.  Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian
     dan peperiksaan.
7.  Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta
     seperti menghafaz. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat dan
     menghafaz tetapi kurang berupaya membuat interpretasi.
8.  Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid adalah
     kurang.
9.  Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid
     dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
10.Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif
     dan tidak berinisiatif.

No comments:

Post a Comment