Kelas : Tahun 5
Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 11.00 a.m. hingga 11.30 a.m.
Mata pelajaran : Matematik
Tajuk : Bentuk dan ruang
Subtajuk : Bentuk 2 matra
Objektif pembelajaran : Cari perimeter bagi bentuk 2 matra.
Hasil pembelajaran : Murid-murid dapat
i. mengira perimeter berdasarkan bentuk 2 matra
c. segiempat sama dan segiempat tepat
d. segiempat sama dan segitiga
e. segiempat dan segitiga
Nilai murni : Yakin, kerjasama
Alat bantu mengajar : Kad manila, pembaris, marker, lembaran kerja
Aktiviti : 1. Set Induksi ( 5 minit)
i. Murid menjawab persoalan yang dikemukakan secara rawak.
Persoalan :
a. Apa yang kamu faham tentang perimeter ?
b. Apakah operasi yang digunakan dalan pengiraan
perimeter ?
c. Adakah garisan yang berada di dalam rajah dikira
atau tidak ?
d. Kenapa garisan dalam rajah tidak dikira dalam
penyelesaian perimeter ?
2. Langkah 1 (5 minit)
i. Murid diagihkan kepada 3 kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil
untuk membuat cabutan soalan di hadapan.
Soalan perbincangan :
(1) Cari perimeter rajah berikut.
6 cm
3 cm 3 cm
|
(2) Cari perimeter rajah berikut.
10 cm
5 cm 6 cm
5 cm 8 cm
(3) Cari perimeter rajah berikut.
8 cm
16 cm
10 cm 8 cm
14 cm
3. Langkah 2 (5 minit)
i. Mana-mana kumpulan yang sudah siap membuat
penyelesaian dikehendaki melekatkan hasil kerja
mereka di hadapan.
ii. Hasil kerja disemak bersama, sekiranya terdapat
kesilapan dalam pengiraan perlu diperbetulkan.
4. Langkah 3 (12 minit)
i. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberi.
ii. Murid diminta bertukar kertas soalan untuk semakan.
iii. Murid semak bersama-sama dan kemudian beri
kepada guru.
5. Penutup (3 minit)
i. Semua murid diminta untuk berdiri.
ii. Murid dikehendaki melengkapkan jawapan soalan
yang diberikan untuk membuat tinjauan setakat mana
kefahaman mereka tentang perimeter.
Refleksi : 1. Kelebihan pengajaran
Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kelebihan atau kekuatannya tersendiri dari segi kelantangan suara apabila menyampaian sesuatu arahan. Dengan nada suara yang jelas memudahkan murid-murid memahami apa kehendak guru ketika di samping penekanan yang diberikan. Semasa memberi arahan, didapati ada ketegasan yang sewajarnya untuk membantu melicinkan pembelajaran di samping sebagai teknik kawalan kelas secara langsung.
Dalam pengajaran tersebut, penglibatan murid adalah baik kerana didapati murid-murid menunjukkan reaksi positif ketika guru memberi arahan kepada mereka. Di sini, kita dapat melihat kelancaran perlaksanaan peringkat set induksi. Pembelajarannya lebih berpusatkan murid. Guru berperanan Cuma sebagai pembimbing kepada murid-murid.
Seterusnya, penggunaan alat bantu mengajar juga bersesuaian. Dari segi cara menulis di kad manila memang jelas walaupun dilihat dari jarak jauh di belakang. Dengan cara ini, memang ia sangat membantu di samping penyampaian maklumat kepada murid melalui penekanan komunikasi sahaja.
2. Kelemahan pengajaran
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang dapat dikesan. Antaranya ialah penyesuaian penggunaan warna kad bentuk kurang menyerlah dan kurang menarik perhatian murid. Tambahan pula, kad bentuk kelihatan kecil berbanding tulisan yang lebih jelas dan menonjol.
Dari segi cara berkomunikasi ada kalanya tersekat-sekat walaupun tidak terlalu kerap. Jika keadaan begini berterusan ke langkah seterusnya boleh menyebabkan pembelajaran yang dijalankan kurang menarik walaupun mempunyai alat bantu mengajar yang menarik.
Seterusnya ialah berkenaan dengan masa masih boleh diperbaiki kerana lebih 5 saat yang sepatutnya dilaksanakan dalam lingkungan 5 minit dengan tepat. Ketepatan masa memang penting, jika tidak menetapi masa yang ditetapkan akan timbul masalah ketidakcukupan masa ketika mengajar sedangkan isi pelajaran masih.
3. Langkah mengatasi
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan. Maka, dapatlah kita cuba untuk memperbaiki segala kekurangan pengajaran yang telah dilakukan dengan mempelbagaikan strategi dan teknik pengajar yang bersesuaian mengikut kebolehan murid kita. Sekiranya terdapat kelebihan atau kekuatan dalam pengajaran, elok kita kekalkan mana yang perlu untuk perhatian kita sendiri.
Berdasarkan pengajaran yang telah dilaksanakan, ada kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki supaya pengajaran yang akan dilaksanakan pada masa seterusnya dapat menunjukkan peningkatan yang baik dan berkesan. Antaranya, kita boleh perbaiki cara berkomunikasi dengan baik dan berhati-hati apabila mengeluarkan ucapan yang bersesuaian ketika mengajar. Begitu juga dengan alat bantu mengajar mesti kita rancang dengan lebih baik dan dapat dimurnikan dengan menyeimbangkan saiz kad bentuk dengan saiz tulisan.
Pengurusan masa juga sangat penting yang perlu diambil perhatian. Ketepatan masa membolehkan kita melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Jadi, daripada sedutan pengajaran yang telah dilakukan perlu berhati-hati jangan sampai terlebih masa yang banyak sebab ia boleh menjejaskan perlaksanaan pengajaran langkah seterusnya. Penambaikan yang dibuat sedikit sebanyak membantu kita menyampaikan pelajaran kepada murid-murid dengan lebih berkesan.
saya nak share yer refleksi...nk buat conth tuk assgmnt....Tq
ReplyDelete