JENIS PENILAIAN
Secara umum, penilaian ada dua jeinis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah satu aktiviti yang digunakan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yng telah diajar kepada murid. Penilaian jenis ini dilakukan secara tidak formal kerana penilaian ini boleh dilakukan melalui pemerhatian, bersoaljawab secara lisan, latihan congak, kuiz, memeriksa hasil kerja murid di dalam kelas ataupun kerja rumah yang diberikan.
Penilaian ini kebiasaannya digunakan untuk mengesan kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Oleh itu, penilaian ini selalu dijalankan selepas tamat pengajaran bagi sesuatu tajuk sama ada dilakukan secara bertulis sebagai latihan, soaljawab dan pemerhatian.
Di samping itu, penilaian ini digunakan untuk mengikuti perkembangan murid berdasarkan sesuatu tajuk. Dari segi peralatan yang digunakan untuk melaksanakan penilaian ini adalah melibatkan kertas-pensel dalam bentuk formal. Ini bermakna penilaian jenis ini biasa dilakukan setiap hujung bulan. Segala keputusan tersebut akan direkodkan di dalam rekod prestasi yang digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya seperti menempatkan murid-murid dalam kumpulan yang bersesuaian supaya kita dapat merancang pelbagai aktiviti pengayaan dan melibatkan murid dalam aktiviti pemulihan bagi yang memerlukannya.
PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif merupakan aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu semester iaitu semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun). Penilaian jenis ini dilakukan secara formalyang menggunakan ujian kertas, pensel, peperiksaan amali atau, bertulis, skala kadar dan senarai semak.
Penilaian ini digunakan untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam liputan beberapa tajuk secara umum dalam pembelajaran yang telah dilaksanakan. Maka, keputusan ujian ini dapat membantu kita mengetahui prestasi murid secara umum. Daripada prestasi yang ada, kita dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran jenis perdana atau linus serta pemulihan.
Melalui penilaian jenis ini, maka dengan mudah ia berperanan membantu guru kedudukan murid di dalam kelas atau membuat perbandingan tahap pencapaian murid di dalam kelas.Pencapaian murid dinyatakan menggunakan markah dang red bagi setiap mata pelajaran.
Penilaian sumatif juga dilakukan dalam peperikasaan umum seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Kaedah ini dapat digunakan untuk menggredkan murid-murid mengikut peringkat pencapaian dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan yang diperolehi.
No comments:
Post a Comment