Sistem penilaian adalah satu sistem yang sangat penting untuk mengukur keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Tujuan menggunakan sistem penialaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik ialah :
1. Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Matematik supaya membuat
pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
2. Menentukan kekuatan dan kekurangan murid dalam pelajaran sesuatu
topik Matematik supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
3. Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi
pengajaran yang lebih berkesan.
4. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa yang
akan datang.
5. Merekod keputusan penilaian dalam rekod Pretasi dan Rekod Profil untuk
dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.
6. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.
No comments:
Post a Comment