Matematik

Sunday 18 September 2011

Program Pensiswazahan Guru UPSI 2011

Salam 1 Malaysia.


Semester Ke-2 ini dikenali sebagai semester 1. Pendaftaran sudah selesai, pembayaran modul wajib dibayar di Bank Islam untuk membolehkan rakan pelajar menggunakan myGuru2. Memang terlalu sukar bagi guru yang mengajar di pedalaman membuat bayaran dan ada dia antaranya terpaksa mendaki bukit sehingga 30 minit untuk meminta bantuan rakan-rakan yang berada di Kuching untuk membuat pembayaran oleh kerana Bank Islam tidak ada di Bahagian Kapit mahupun di Bahagian Sibu. Walaupun pusat pembelajaran jauh di Kuching yang memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi guru pedalaman, namu ramai juga di kalangan guru seluruh Sarawak terpaksa berkunjung juga ke Kuching untuk mendapatkan maklumat semasa sesi kuliah kerana takut ketinggalan dari segi perkembangan maklumat untuk semester tersebut.

Dalam semester 1, terdapat 4 subjek yang telah didaftarkan untuk pembelajaran semester  1 iaitu
1.    Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
2.    Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran
3.    Teknologi Maklumat Sekolah Rendah
4.    Pengantar Bahasa Melayu

Banyak cabaran dan halangan yeng telah dilalui ketika berada di Semester 2 dahulu.Moga dalam Semester 1 ini perlaksanaan pembelajaran berjalan dengan lancar walaupun ada di kalangan rakan pelajar yang sedang berkhidmat di pedalaman 3. Moga  semuanya beroleh kejayaan hendaknya. Jika ada maklumat penting, Harap rakan-rakan boleh kongsikan maklumat atau pemberitahuan dari UPSI, pensyarah atau tutor memandang ramai rakan-rakan berada jauh di kawasan pedalaman. Ini kerana ada di kalangan rakan yang terlepas tarikh seperti pendaftaran minor yang dibuka dalam masa singkat cuma seminggu, masalah bagi rakan guru yang berada di pedalaman.

No comments:

Post a Comment