Matematik

Monday, 28 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian (Tajuk:Bentuk) Dan Refleksi Pengajaran


Kelas                           : Tahun 5
Tarikh                          : 3 Oktober 2011  (Isnin)
Masa                           : 8.30 a.m. hingga 9.00 a.m.
Mata pelajaran            : Matematik
Tajuk                           : Bentuk dan ruang
Subtajuk                      : Bentuk 2 matra
Objektif pembelajaran            : Cari perimeter bagi bentuk 2 matra.
Hasil pembelajaran     : Murid-murid dapat
i.      mengira perimeter berdasarkan bentuk 2 matra
a.    segiempat sama dan segiempat sama
b.    segiempat tepat dan segiempat tepat
c.    segitiga dan segitiga
Nilai murni                   : Yakin, kerjasama
Alat bantu mengajar    : Kad manila, pembaris, lembaran kerja
Aktiviti                         : 1.   Set Induksi (5 minit)
i.       Murid dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang ada di dalam kotak. Murid diminta menamakan bentuk yang diambil.
ii.      Murid diminta untuk mengira panjang ukur keliling bentuk tersebut.
iii.     Murid dikehendaki melekat kad bentuk mengikut nama dan menulis berapakah panjang ukur keliling bentuk tersebut.
                                      2.   Langkah 1 ( 4 Minit)
                                            i.     Murid diperkenalkan dengan rumus perimeter.
                                            ii.    Perimeter = Ukur keliling
                                      3.   Langkah 2 (8 minit)
                                            i.    Murid dengar penerangan berdasarkan 
                                                 contoh.  Murid menjawab persoalan yang
                                                 diajukan secara spontan.
                                                  Contoh 1 : 
                                                  Cari perimeter rajah berikut.

                                                                          3 cm       3 cm


                                                           3 cm                   3 cm          3 cm

                                                                         3 cm          3 cm   
   Contoh 2 :
                                                   Cari perimeter rajah berikut
            
                                                                     5 cm                    5 cm


                                               2 cm                               2 cm                      2 cm

                                                                     5 cm                     5 cm   


                                                   Contoh 2 :
                                                   Cari perimeter rajah berikut.






                                                          10 cm               6 cm        10 cm
                                                                                  

                                                                   8 cm                8 cm
  
                                      4.   Langkah 3 (10 minit)
                                           i.     Murid menerima edaran lembaran kerja.
                                           ii.    Murid membuat latihan, murid yang lemah 
                                                  dibimbing secara individu.

                                      5.   Penutup (3 minit)
                                            i.    Murid diminta mengingat semula tentang 
                                                  rumus perimeter dan operasi yang
                                                  digunakan dalam pengiraan perimeter.

Refleksi :
1.    Kekuatan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui  terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana yang telah dirancang.
Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah ceria.
Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas majong, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis.
Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya  untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.


2.    Kekurangan pengajaran
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar.  Ada kalanya, seolah-olah  guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas.
Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan tersebut betul. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.
Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak dipadam  terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil perbincangan.
Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi  teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada  kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.
Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan.

3.    Langkah mengatasi
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.
Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat.  Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik.
Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut.  Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.
Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.
Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang.  Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

1 comment: