Matematik

Wednesday 9 November 2011

Tujuan Penilaian

Sistem penilaian adalah satu sistem yang sangat penting untuk mengukur keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Tujuan menggunakan sistem penialaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik ialah :
1.  Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti
     pengajaran dan pembelajaran Matematik supaya membuat
     pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
 2. Menentukan kekuatan dan kekurangan murid dalam pelajaran sesuatu
     topik Matematik supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
3.  Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi
     pengajaran yang lebih berkesan.
4.  Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk
     merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa yang
     akan datang.
5.  Merekod keputusan penilaian dalam rekod Pretasi dan Rekod Profil untuk
     dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.
6.  Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.

No comments:

Post a Comment